Monday, March 14, 2011

Persekitaran Rimba Kem

Address : Pangkor Rimba Kem & D' Senja Beach Resort
Coral Beach, Teluk Nipah, 
32300 Pangkor Island, 
Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Tel : 05-6855523 / Fax : 05-6852242
Email :rimbakemandsenja@gmail.com
Blog : http://rimbakemandsenja.blogspot.com
Facebook : Pangkor Rimba Kem Resort


Pejabat Pentadbiran Rimba Kem
Alhamdulillah, berkat kesabaran, usaha dan sokongan semua pihak, PANGKOR RIMBA KEM, telah berjaya mengembangkan sayap perniagaannya setelah berjaya membuka chalet yang kedua yang dinamakan sebagai D' SENJA BEACH RESORT. Ini ialah gambar pejabat utama yang terletak di Pangkor Rimba Kem. Di sinilah segala urusan pentadbiran dilaksanakan termasuklah urusan keluar masuk pelanggan. Pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan jalur lebar atau Internet, mereka boleh layarinya di sekitar kawasan pejabat ini secara percuma. Ruangan ini dilengkapi dengan kemudahan air panas dan air sejuk. Permainan Dart juga disediakan di sisi pejabat ini.


Bilik Rimba_Standard
 Ini adalah gambar bahagian luar dan bahagian dalam Bilik Standard yang terdapat di Pangkor Rimba Kem, Telok Nipah. Setiap bilik, mempunyai keluasan kira-kira 15x20 kaki. Ruang dalamnya amat selesa dan dicadangkan untuk 4 orang  bagi sebuah bilik. Ianya dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin, televisyen, set kerusi dan bilik air serta 'water heater' untuk mandi. Terdapat sebanyak 12 buah bilik standard yang di Pangkor Rimba Kem. Kesemua bilik ini mengadap arah laut.



Bilik Rimba_Mini Chalet
 Ini pula adalah gambar Mini Chalet. Dengan keluasan kira-kira 15x10 kaki, ianya dicadangkan untuk 2 orang sebilik. Mempunyai 1 katil 'double' , set kerusi, serta kemudahan penghawa dingin dan bilik air di dalam. Terdapat sebanyak 3 buah bilik bagi mini chalet ini, juga mengadap arah laut.


Bilik Rimba Dormitory
  Ini gambar bagi Dorm. Terdapat sebanyak 4 Dorm di sini. Setiap dorm boleh memuatkan seramai 18 orang  yang dilengkapi dengan kemudahan katil bertingkat, penghawa dingin dan bilik air. Sekiranya bilik air tidak mencukupi, pelanggan boleh menggunakan bilik mandi atau bilik air luar yang telah disediakan.


Rimba_Tapak Perkhemahan
 Selain daripada kemudahan penginapan bilik, pihak Pangkor Rimba Kem, mempunyai satu lagi keunikannya, iaitu menawarkan kawasan tapak perkhemahan yang sangat luas dan boleh menampung kira-kira 300 orang pada satu-satu masa. Kawasan ini dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok yang telah berumur puluhan tahun lamanya. Ianya, merupakan harta dunia yang tak ternilai harganya.


Rimba_ Tapak Perkhemahan2

Bagi menampung kehendak pelanggan yang pelbagai, pihak Pangkor Rimba Kem sentiasa berusaha bertungkus-lumus untuk memperbaiki perkhidmatan dan segala kemudahan yang terdapat di sini. Selain dari penginapan, Pangkor rimba Kem juga menyediakan kemudahan asas yang lain seperti :

DEWAN TERTUTUP, DEWAN TERBUKA, DEWAN MAKAN, 
TEMPAT MASAK TERBUKA, KEMUDAHAN TEMPAHAN MAKANAN
BAGI KUMPULAN, SURAU, PERMAINAN BOLA TAMPAR, 
SUKANEKA, PAKEJ FAMILY DAY, PUSING PULAU MELALUI
AIR DAN DARAT, AKTIVITI AIR, AKTIVITI OUTDOOR,
SEWA KENDERAAN DAN KARAOKE.
Rimba_Surau